29 November: Hari Solidariti Bersama Rakyat Palestin

Suara Kemanusiaan Melalui Tayangan Perdana The Voice of Hind Rajab Tarikh 29 November telah digazetkan sebagai Hari Solidariti Bersama Rakyat Palestin, satu hari khas yang diwujudkan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mencapai kebebasan, keadilan dan keamanan. Hari ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi platform penting untuk masyarakat dunia mengangkat […]
PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN DAN REALITI UMAT ISLAM KINI: MAKNA DI SEBALIK KEMELUT

Selama beberapa dekad, media Barat sering menampilkan gambaran yang negatif dan tidak seimbang tentang konflik Palestin, khususnya di Gaza. Namun hari ini, dunia semakin menyedari hakikat sebenar — rumah-rumah yang musnah, anak-anak yatim, dan keluarga yang kehilangan segalanya. Walau derita tidak berkesudahan, rakyat Gaza tetap teguh mempertahankan tanah air mereka dengan penuh keimanan dan […]
Dakwah dan Kemanusiaan: Merentasi Dedikasi, Risiko dan Impak Sosial

Hari Kemanusiaan Sedunia yang disambut pada 19 Ogos setiap tahun bukan sekadar hari peringatan, tetapi ia juga untuk menghargai dan mengiktiraf petugas kemanusiaan yang bekerja di zon konflik dan peperangan. Tarikh tersebut dipilih untuk memperingati tragedi pengeboman di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Baghdad pada tahun 2003, yang mengorbankan 22 orang petugas kemanusiaan […]
Sumud Nusantara: Konvoi Kalis Gentar

Pada 25 Julai 2025, pertubuhan masyarakat sivil bersama gerakan anak muda dari pelbagai negara telah melancarkan satu projek mega yang dikenali sebagai Sumud Nusantara yang bermaksud keteguhan dari Nusantara. Perkataan ‘sumud’)صمود )diambil daripada Bahasa Arab dan dipilih kerana membawa maksud yang lebih mendalam dari perkataan sabar yang bermaksud bertahan tanpa melakukan sesuatu. Adapun ‘sumud’memberi makna […]
KENYATAAN MEDIA : GPM DESAK TINDAKAN SEGERA PEMIMPIN DUNIA UNTUK GAZA

KENYATAAN MEDIA GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA 22 Julai 2025 GPM DESAK TINDAKAN SEGERA PEMIMPIN DUNIA UNTUK GAZA Global Peace Mission (GPM) Malaysia mendukung penuh seruan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, agar pemimpin dunia bertindak segera bagi menghentikan keganasan dan penderitaan rakyat di Gaza. Situasi di Gaza kini […]
Reflect Series: Bulan Muharram, Hijrah serta Ibrah Muhajirin dan Ansar

Disampaikan oleh : Ustaz Farid Onn 18 Julai 2025 (Jumaat) Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam takwim Islam dan antara empat bulan haram. Walaupun hijrah Nabi SAW ke Madinah berlaku dalam bulan Safar, Saidina Umar al-Khattab menetapkan tahun hijrah baginda sebagai permulaan tahun Islam. Ini bermula daripada keperluan menyusun surat rasmi yang tidak mempunyai tahun […]
Solidariti Sejagat: Memahami Peranan Iran dalam Penentangan Terhadap Kezaliman Israel

Perang yang berlarutan antara Iran dan Israel yang kini memasuki hari ke-13, masih belum memperlihat tanda-tanda mereda, meskipun ada usaha diplomatik dari Amerika Syarikat dan negara-negara Arab termasuk Qatar untuk menghentikan konflik. Serangan berterusan oleh Israel telah meningkatkan ketegangan. Solidariti dunia terhadap Iran menjadi isu perdebatan, terutamanya dalam kalangan masyarakat Muslim seperti di Malaysia, yang mempersoal sokongan […]
Realiti Angka Pelarian Hari Ini

Setiap 20 Jun, dunia kemanusiaan menginsafi Hari Pelarian Sedunia iaitu sebuah deklarasi yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun 2001. Tarikh ini dipilih bagi menghormati keberanian jutaan individu yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka akibat konflik, penganiayaan dan diskriminasi. Hari ini juga menandakan ulang tahun ke-50 Konvensyen Pelarian 1951 iaitu sebuah dokumen antarabangsa yang […]
Hari Pelarian Sedunia: GPM Malaysia Buktikan Kemanusiaan Tiada Sempadan

Setiap tahun pada 20 Jun, dunia memperingati Hari Pelarian Sedunia satu hari untuk kita mengenang dan menghargai ketabahan jutaan insan yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana peperangan, keganasan dan penganiayaan. Di Malaysia sendiri, lebih 200,000 pelarian berdaftar dari pelbagai negara seperti Syria, Palestin, Afghanistan dan komuniti Rohingya hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ramai antara […]
Dari Madleen ke Soumoud: Perjuangan Memecah Sekatan Bantuan ke Gaza
Sekatan Bantuan Kemanusiaan Punca Kemarahan Dunia: Impak pada Usaha Kemanusiaan di Gaza Krisis kemanusiaan di Gaza kini berada pada tahap paling kritikal dalam sejarah moden. Sejak serangan Israel pada Oktober 2023, lebih dua juta rakyat Palestin terperangkap dalam kepungan yang menyekat hampir semua bentuk bantuan kemanusiaan. Sekatan ketat Israel, khususnya terhadap lori bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa […]
LAPORAN SITUASI TERKINI DI GAZA SETAKAT 5 JUN 2025

1. Arahan Pemindahan Paksa ke Al-Mawasi Bermula Mei 2025 Pada Mei 2025, Israel mengarahkan pemindahan paksa penduduk dari selatan Gaza; Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara ke Al-Mawasi, yang dijamin sebagai “zon selamat”. Namun, al-Mawasi sendiri telah beberapa kali diserang udara oleh Israel, sekaligus menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan ratusan ribu penduduk yang dipindahkan […]
Kashmir: Sejarah Konflik dan Peranan Tiga Kuasa Serantau

Pengenalan Konflik Kashmir dan Latar Belakang Pembahagian India-Pakistan Konflik Kashmir merupakan salah satu konflik terpanjang dan paling kompleks di dunia, berakar umbi daripada pembahagian India British pada Ogos1947. Ketika itu, wilayah Jammu dan Kashmir menjadi rebutan utama antara dua negara baru merdeka, India dan Pakistan. Maharaja Jammu dan Kashmir, seorang Hindu, memutuskan untuk menyertai India […]