Search
Close this search box.

Dapat Daging Setahun Sekali, Untuk Makan Daging Sepanjang Tahun

Bagi rakyat Malaysia, isu keterjaminan makanan masih lagi dalam keadaan terkawal dan akses kepada makanan asas mudah untuk dibeli.

Jika dibandingkan dengan beberapa penjuru dunia, hidangan yang mencukupi asas piramid makanan masih lagi sukar untuk diamalkan. Banyak negara miskin yang masih bergelut dari sudut keterjaminan makanan dengan kos yang boleh dicapai poket rakyat mereka.

Walaupun hamparan ladang dan padang penternakan luas terbentang, namun keadaan tidak seimbangnya pembekalan dan permintaan (demand and suppy) menyebabkan harga makanan menjadi mahal.

Pengalaman Global Peace Mission (GPM) Malaysia ke Uganda tahun lalu, mencelikkan lagi bagaimana keadaan ini berlaku. Aidil Adha tahun lalu, kami qurbankan 75 ekor lembu untuk manfaat lebih 2,500 keluarga di sana.

Setelah mereka mendapat daging yang kami agihkan, mereka terus salai daging tersebut dan simpan di dalam baldi. Menurut perbualan kami di lapangan, mereka akan keluarkan daging tersebut untuk disalai semula kemudian makan sedikit demi sedikit untuk tempoh satu tahun.

Daging qurban yang disalai untuk disimpan dan dimakan dalam tempoh setahun

Kegembiraan masyarakat Uganda mendapat daging.

Daging ialah makanan yang sangat mahal harganya di sana kerana penternakan secara industri bagi menampung keperluan rakyat amatlah sedikit. Bahkan sepotong ayam yang biasa dijual di restoran makanan segera di negara kita, itu pun sudah mencecah RM15, sedangkan gaji minima di Uganda ialah RM 8.15 per hari.

Peserta Qurban Rahmah GPM, bukan sahaja boleh mengaut pahala kerana melaksanakan ibadah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, bahkan Qurban Uganda ialah sebuah ikhtiar dalam memastikan kemakmuran yang dimiliki dapat dirasai bersama.

Untuk tahun 2024 ini, GPM masih meneruskan Qurban Rahmah di Uganda serta beberapa negara yang memerlukan. Bersama kita jadikan ibadah qurban sebagai perkongsian kemakmuran global, dengan klik nakqurban.com sekarang.

 

Qurban di Uganda ialah sebuah perkongsian kemakmuran kepada masyarakat global

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Understanding ICERD: A fight against racism

By: Nur Izzah Sofea binti Johari   The International Convention for the Elimination of All Forms of Racial Discrimination is...

The Right of Independence

By: Nur Izzatul Sofika binti Mohd Yusof   In the late 50s, Malaysia has achieved independence alongside 194 other countries....

Majlis Keselamatan Menuntut Gencatan Senjata Segera di Gaza untuk Bulan Ramadan

Majlis menerima resolusi 2728 (2024) (akan dikeluarkan sebagai dokumen S/RES/2728(2024)) dengan 14 undian  menyokong, kosong tentangan, dengan satu berkecuali (Amerika...