230,000 Kanak-Kanak Berisiko Mati Kebuluran Di Sudan

Sudan telah mengalami krisis makanan yang amat dahsyat berikutan dengan pertempuran yang berlaku hampir 11 bulan di negara mereka.

Pertempuran yang berlarutan in berlaku antara ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, dan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, yang juga komander kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Pertempuran tersebut telah menyebabkan kemusnahan ladang, ribuan terbunuh serta berjuta penduduk di negara itu kehilangan tempat tinggal.

Menurut NGO Britain, lebih 2.9 juta kanak-kanak serta 729,000 kanak-kanak bawah lima tahun mengalami kekurangan zat makanan akut iaitu kelaparan melampau yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan maut.

Kesan pertempuran semasa yang terus berlanjutan menyebabkan keadaan mereka bertambah buruk dan kesengsaraaan mereka tidak berpenghujung.

Lebih separuh rakyat Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan untuk hidup namun pertubuhan kemanusiaan dihalang untuk memasuki Sudan atau bergerak bebas.

Tambahan itu, pertubuhan kemanusiaan yang cuba untuk memasuki Sudan berpotensi untuk diserang oleh kedua-dua pihak, dan ini menyebabkan tidak ramai yang memasuki kawasan konflik itu.

 

Sumber asal: BH Online

(https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2024/03/1222932/230000-kanak-kanak-ibu-baharu-berisiko-mati-kebuluran-di-sudan-ngo)

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria 2.0

Syukur atas rezeki, ramai rakyat Malaysia telah menyumbang baju sejuk ( kasut tebal, stokin, sarung tangan dan mafla) untuk kegunaan...

Sudan: 700 Ribu Kanak-kanak Diancam Kekurangan Zat

SUDAN 10 Feb, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan...

‘Saudara berperang’: Hubungan Pakistan-Afghanistan tegang selepas serangan rentas sempadan

Islamabad, Pakistan – Serangan udara Pakistan di dalam Afghanistan pada hari Isnin, bertepatan dengan ketegangan yang memuncak antara negara jiran...