Malapetaka Kemanusiaan Di Gaza: Ke Arah Gencatan Senjata?

GAZA 13 Jan, Omar Shakir, Pengarah Human Right Watch (HRW) Palestin dan Israel, berkata sebab ramai orang menggesa gencatan senjata adalah kerana 100 hari selepas perang ke atas Gaza, situasi kemanusiaan adalah suatu malapetaka.

Lebih ramai orang di Gaza kini mati akibat penyakit dan kelaparan berbanding serangan tentera Israel yang telah membunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan  sebilangan besar penduduk kehilangan tempat tinggal.

“Mayat yang bertimbun adalah bertambah setiap hari. Majoriti mereka adalah orang awam. Mereka termasuk beribu-ribu kanak-kanak,” kata Shakir kepada pihak media.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 23,000 terbunuh. Majoriti rumah mengalami kerosakan atau musnah. Anda berada dalam realiti di mana kelaparan berada di mana-mana,” katanya.

“Ini bukan kemalangan tetapi malapetaka. Ini adalah dasar kerajaan Israel yang disengajakan. Bantuan kemanusiaan tidak sampai ke utara Gaza. Majoriti hospital telah mengalami kerosakan secara total. Anda berada dalam situasi yang tidak dapat dibiarkan lagi keadaannya,” tambahnya.

“Ini tidak boleh diteruskan. Nyawa mereka berada dalam keadaan bahaya jika bantuan tidak sampai kepada mereka.” Mengakhiri katanya. Sumber: Al-Jazeera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 12)

Selama lebih kurang 3 minggu proses pemilihan dan pengasingan pakaian-pakaian musim sejuk dilakukan akhirnya segalanya telah berakhir dengan jayanya. Ketiga-tiga...

KONTENA FOR SYRIA 2.0 (KONTENA4SYRIA2.0)

Kontena For Syria 2.0 atau Kontena4Syria 2.0 adalah sebuah projek atas kerjasama beberapa buah NGO Malaysia untuk menghantar keperluan pada...

Membangunkan Syria Dari Sudut Sosiologi

Nasib yang menimpa rakyat Syria Di anak tirikan di negara sendiri, dilayan seperti pengemis di negara orang. Itulah pengertian sebenar...