KONTENA FOR SYRIA 2.0 (KONTENA4SYRIA2.0)

Kontena For Syria 2.0 atau Kontena4Syria 2.0 adalah sebuah projek atas kerjasama beberapa buah NGO Malaysia untuk menghantar keperluan pada musim sejuk seperti baju tebal, kasut, sarung kaki, sarung tangan dan mafla kepada pelarian Syria di Lubnan.

Tarikh bagi menguruskan Kontena4Syria di Malaysia termasuklah pengumpulan barang, pemilihan barang, pembungkusan dan penghantaran kontena adalah pada 1 – 7 Oktober 2022 di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

InsyaAllah, kontena-kontena ini akan mula bergerak ke negara Lubnan pada bulan November 2022 dan akan tiba di sana sekitar hujung bulan Disember 2022.

Sebanyak RM100,000 diperlukan untuk menanggung kos operasi dua buah kontena yang bakal dihantar ke Lubnan buat pelarian Syria di sana.

Untuk berkongsi rezeki untuk menampung tabung kos operaso kontena, silakan layari : www.infaksyria.com/kontena4syria

Rakan kerjasama bagi projek ini adalah Kerajaan Selangor, Peduli Insan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Muslim Volunteer Malaysia dan Cinta Syria Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyerahan sumbangan barangan keperluan musim sejuk untuk pelarian Syria, sila hubungi kami di talian www.wasap.my/60192553441/kontena4syria (Unit Pendermaan).

Bagi yang ingin menjadi sukarewan untuk Kontena4Syria 2.0, sila layari :  https://infaksyria.com/sahabat-suriah/

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

4 Kontena Musim Sejuk untuk Pelarian Syria Dihantar ke Lubnan

“Pada asalnya kami merancang untuk hanya menghantar satu sahaja kontena..” SHAH ALAM: Malaysia for Syria bersama beberapa buah Pertubuhan Bukan...

Waqaf Telaga Mawaddah

Air bersih menjamin kebersihan pelarian Syria demi keselamatan seluruh negara, setuju? Adakah anda tahu bahawa kami sedang melaksanakan amanah yang...

Setahun Pasca Gempa Bumi Syria-Turki, Ratusan Ribu Masih Tiada Tempat Tinggal

TURKIYE 9 Feb, Setahun selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Türkiye dan Syria, kira-kira 690,000 orang masih kehilangan tempat...