Sudan: 700 Ribu Kanak-kanak Diancam Kekurangan Zat

SUDAN 10 Feb, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.

“Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.

“UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan,” kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jordan (Petra). Sumber: Astro Awani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Caruman Bulanan Qurban 2021

Ibadah Qurban kini lebih mudah dengan hanya satu klik! Malaysia For Syria (MFS) kini membuka peluang kepada anda yang ingin...

4 Kontena Musim Sejuk untuk Pelarian Syria Dihantar ke Lubnan

“Pada asalnya kami merancang untuk hanya menghantar satu sahaja kontena..” SHAH ALAM: Malaysia for Syria bersama beberapa buah Pertubuhan Bukan...

GPM Malaysia Strengthens Humanitarian Response Through Sphere Standards Training

22 October 2026 — Global Peace Mission (GPM) Malaysia continues to strengthen the knowledge and capabilities of its team through...