Caruman Bulanan Qurban 2021

Ibadah Qurban kini lebih mudah dengan hanya satu klik! Malaysia For Syria (MFS) kini membuka peluang kepada anda yang ingin menjadi peserta Qurban tahun 2021 di bawah kempen Penyembelihan Agung : Qurban untuk Syria yang berpengalaman dalam menyempurnakan ibadah korban lebih 8 tahun semenjak tahun 2012.

Sebagai usaha menggalakkan lebih ramai lagi yang menyertai ibadah Qurban pada tahun ini, kami berbesar hati membuka khidmat caruman bulanan bagi memudahkan anda untuk membuat potongan sebanyak RM50, RM100, RM150 dan RM200 dari bulan September 2020 sehingga Julai 2021 bagi menyempurnakan ibadah Qurban tanpa perlu ke pejabat HQ kami.

Jom berQurban melalui Malaysia For Syria (MFS) untuk mereka yang memerlukan di Syria. Moga Ibadah Qurban ini diterima dan diberkati Allah SWT.

⭐️Harga seekor kambing biri-biri : RM1,000

⭐️Harga satu bahagian lembu : RM800
⭐️Harga seekor kambing / biri-biri (Aqiqah) : RM1,200 (termasuk kenduri)
Firman Allah, yang bermaksud: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” – [Al-Kauthar 108:2]

Nota : Pihak kami akan mengubungi anda jika wang caruman anda masih tidak cukup untuk seekor kambing biri-biri/lembu jika pada Julai 2021.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 11)

– 4 DISEMBER 2020 Selesai sahaja mengisi kontena ke-1, sukarelawan meneruskan misi ini dengan mengisi barang bantuan bagi kontena dua...

Pelancaran Serangan Iran Terhadap Israel

Penganalisis mendakwa serangan Iran terhadap Israel semalam tercetus disebabkan serangan Israel sendiri ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1...

Painting Palestine: Teaching Children Through Art and History

During our team’s stopover in Istanbul, we had the opportunity to participate in a Palestine Painting Workshop at the Taksim...