‘BERDEGIL’ KE LUAR NEGARA, PETUGAS KEMANUSIAAN NEKAD LAKSANA MISI MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA KALI KE-9

TURKI, SYRIA, LUBNAN: Misi bantuan musim sejuk akan tetap diteruskan sehingga akhirnya pelarian-pelarian Syria tidak lagi dizalimi dan bumi anbiya Syria akhirnya bebas dari segala kekejaman dan penindasan. Kes penularan jangkitan wabak pandemik Covid-19 telah meningkat di seluruh negara termasuk Malaysia, Turki, Syria dan Lubnan. Namun begitu, NGO Malaysia for Syria masih ‘berdegil’ menghantar seramai […]

1 Dekad Konflik Kemanusiaan Syria – Ibrah dan Refleksi

Bahagian 1 : Permulaan yang Belum Berakhir Ada yang bertanyakan, kenapa penulis masih lagi terus berjuang dalam isu Syria yang telah satu dekad lamanya berlaku? Jawapan penulis masih seperti tahun-tahun awal ketika penulis mula bergiat aktif dan sepenuh masa dalam Kempen Selamatkan Syria (Save Syria) yang digerakkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada Januari […]

Kecewa! Dunia Masih Menutup Mata

Bahagian II : Menjadi Saksi Kepada Kezaliman dan Kekejaman Jika mahu disoroti segala macam kezaliman yang berlaku kepada masyarakat Syria tanpa pembelaan sepanjang satu dekad ini, pasti akan benar-benar meruntun jiwa kemanusiaan kita semua. Namakan sahaja – serangan senjata kimia, serangan bom tong barrel, pengepungan secara sitematik sehingga mengakibatkan kematian akibat kebuluran, segalanya telah atau […]

13.4 Juta Rakyat Syria Masih Memerlukan Bantuan Kemanusiaan

Bahagian III : Kemusnahan Peperangan Berusia Satu Dekad Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria. Sehingga Disember 2020, Syrian Observatary for Human Rights melaporkan angka kematian sudah mencecah seramai 593,000 orang. Data sehingga Januari 2021 pula menunjukkan sekitar 13.4 juta rakyat Syria (hampir 75% daripada populasi Syria) memerlukan bantuan kemanusiaan. Ia diburukkan […]

Sehingga Bilakah Perlu Kita Bantu Syria?

Bahagian IV : Menyantuni Keperluan Kemanusiaan, Ibrah dan Refleksi. Saat penulis menyoroti fakta dan data terkini konflik Syria yang dikeluarkan dari pelbagai sumber seperti PBB, International Committee of Red Cross (ICRC) dan Human Rights Watch (HRW) ini, penulis menyedari betapa dahsyatnya kesan sesebuah peperangan dan benar-benar merasai syukur di atas nikmatnya sebuah keamanan, kedamaian dan […]

Perumahan Lengkap Bersama Masjid, Sekolah dan Telaga Air buat 100 keluarga Pelarian di Syria

Al Bab, Syria – Megah berkibar bendera Malaysia di perkampungan Syrian Al Hayah di daerah Al Bab di bumi Sham, Syria. Malaysia for Syria bersama 8 buah NGO kolaborasi bersatu dalam pembangunan projek perumahan untuk rakyat Syria yang terjejas ekoran perang dan krisis kemanusiaan. Muslim Volunteer Malaysia, My Fund Action, Cinta Syria Malaysia (CSM), Haluan, […]

“Cantik jaket kamu, aku harap ada sehelai untuk aku pakai..”

Sanliurfa, Turki – 11 Januari 2021 Kem pertama yang kami tuju pada hari tersebut adalah kem pelarian Syria di Sanliurfa. Seperti yang telah diberitahu kepada kami, nama kem ini adalah Kem Gharnia, daerah Sanliurfa di negara Turki. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa pergi Turki? Di Turki pun ada kem pelarian? Nama pun pelarian. Dimana mereka […]

Fatimah, Persis Puteri Kesayangan Rasulullah.

18 Januari 2021 – Hari terakhir kami berada di Syria sempena Misi Musim Sejuk Syria 9.0, sempat kami singgah menziarahi anak-anak yatim di Madrasah Ibn Abas di daerah ‘Azaz, Syria. Fatimah. Nama yang cantik. Persis nama puteri kesayangan Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat lembut dan pemalunya. Begitulah jua anak yatim mangsa perang Syria ini. […]

Agihan Bantuan Untuk Syria Dibatalkan, 7 Maut

‘Azaz, Syria: 17 Januari 2021, tim Malaysia for Syria di Malaysia dikejutkan dengan berita dari Syria tentang kejadian letupan bom di sebuah bandar kecil di ‘Azaz, Syria. Apabila ditanya lagi, Ketua Misi Musim Sejuk Syria 9.0, Salman Yusop berkata “Kami baru sahaja selesai mengagihkan arang bahan bakar kepada 100 buah keluarga di Kem Al-Tawoon di […]

Lakukan Kebaikan Sekecil Apa Pun : [Edisi Sedekah Subuh Syria]

  Tahukah anda bahawa ada cara terbaik untuk menjemput rezeki? Waktu mustajab untuk melakukannya adalah pada waktu Subuh iaitu dengan menjadikan amalan bersedekah seusai solat Subuh sebagai rutin harian. Sedekah adalah perkara yang sangat baik kerana ia bukan sahaja mampu meringankan beban dan keperitan saudara-saudara yang memerlukan malah dapat melepaskan rasa lelah yang ditanggung oleh […]

KONTENA FOR SYRIA 2.0 (KONTENA4SYRIA2.0)

Kontena For Syria 2.0 atau Kontena4Syria 2.0 adalah sebuah projek atas kerjasama beberapa buah NGO Malaysia untuk menghantar keperluan pada musim sejuk seperti baju tebal, kasut, sarung kaki, sarung tangan dan mafla kepada pelarian Syria di Lubnan. Tarikh bagi menguruskan Kontena4Syria di Malaysia termasuklah pengumpulan barang, pemilihan barang, pembungkusan dan penghantaran kontena adalah pada 1 […]

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria 2.0

Syukur atas rezeki, ramai rakyat Malaysia telah menyumbang baju sejuk ( kasut tebal, stokin, sarung tangan dan mafla) untuk kegunaan pelarian Syria di musim dingin yang kian membeku ini bagi projek Kontena For Syria 2.0.  Terima kasih HALUAN kerana sudi menghadiahkan 300 helai mafla buat pelarian Syria yang memerlukan di Lubnan Kontena untuk Syria 2.0. […]