Sudan: 700 Ribu Kanak-kanak Diancam Kekurangan Zat

SUDAN 10 Feb, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.

“Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.

“UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan,” kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jordan (Petra). Sumber: Astro Awani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Caruman Bulanan Qurban 2021

Ibadah Qurban kini lebih mudah dengan hanya satu klik! Malaysia For Syria (MFS) kini membuka peluang kepada anda yang ingin...

Waqaf Telaga Mawaddah

Air bersih menjamin kebersihan pelarian Syria demi keselamatan seluruh negara, setuju? Adakah anda tahu bahawa kami sedang melaksanakan amanah yang...

Sedekah Subuh Syria

SUBUH YANG BERMANFAAT | Jadualkan Sedekah Subuh Anda Sekarang!   Baru balik dari masjid solat Subuh jemaah ke tu? Wah...