Sumud Nusantara: Konvoi Kalis Gentar

Pada 25 Julai 2025, pertubuhan masyarakat sivil bersama gerakan anak muda dari pelbagai negara telah melancarkan satu projek mega yang dikenali sebagai Sumud Nusantara yang bermaksud keteguhan dari Nusantara. Perkataan ‘sumud’)صمود )diambil daripada Bahasa Arab dan dipilih kerana membawa maksud yang lebih mendalam dari perkataan sabar yang bermaksud bertahan tanpa melakukan sesuatu. Adapun ‘sumud’memberi makna ketabahan dan keteguhan dalam menghadapi masalah dengan melakukan sesuatu terhadap ujian atau penindasan yang sedang dihadapi.

Mutakhir ini, tindakan sesetengah pemerintah yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, tidak peduli akan nasib rakyat Palestin yang sedang menderita dan kelaparan, membakar semangat pejuang-pejuang Sumud Nusantara untuk perjuangkan nasib rakyat Palestin. Umum mengetahui bahawa, serangan dari entiti haram Israel ke atas Gaza kian berterusan sehingga kini malah keadaan semasa di Palestin sangat membimbangkan terutamanya apabila bekalan makanan terputus akibat sekatan di sempadan Rafah. Kebuluran yang mereka hadapi sehingga meragut nyawa bukan lagi dikategorikan sebagai isu geo-politik yang sedang melanda akan tetapi ia merupakan masalah hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri.

Selain daripada tujuan mereka untuk membantu menyalurkan keperluan harian kepada rakyat Gaza, inisiatif ini juga dirancang bertujuan untuk menggesa kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka sempadan yang menghalang pergerakan masuk sumbersumber keperluan harian sekali gus menunjukkan solidariti untuk menghentikan serta-merta genosid yang dilancarkan oleh Israel keatas Gaza. Di samping itu, misi ini juga memanifestasikan fenomena “ALL EYES ON PALESTINE” yang tersebar luas di dunia maya dan nyata secara menyeluruh. Projek Sumud Nusantara ini juga melibatkan penyertaan individu-individu yang bukan berlatar belakang kepakaran dalam bidang ketenteraan atau perjuangan bersenjata. Mereka hanyalah masyarakat biasa yang tidak lagi mahu menjadi penonton terhadap penderitaan Gaza di media sosial, televisyen atau akhbar, sebaliknya memilih untuk bertindak dan menyuarakan solidariti.

Global Sumud Flotilla ini melibatkan beberapa buah negara di Asia seperti Pakistan, Maldives, Bangladesh, Thailand, Sri Lanka, Brunei, Indonesia dan Malaysia. Projek luar biasa ini akan merentasi daratan dan lautan dari Nusantara ke Eropah kemudian menuju ke destinasi akhir iaitu Palestin. Inisiatif Sumud Nusantara akan dimulakan dengan perhimpunan besarbesaran serentak di lima negara iaitu Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives dan Filipina yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Selepas itu, konvoi akan bergerak merentas Indonesia, Thailand dan Malaysia, melalui pelbagai bandar dan kampung, sambil menarik sokongan ratusan ribu rakyat dalam satu gelombang solidariti serantau. Kemudian, kemuncaknya akan berlangsung di Kuala Lumpur, dimana wakil-wakil terpilih dari setiap negara akan berlepas ke Eropah dan pelabuhan-pelabuhan tertentu untuk menyertai Freedom Flotilla. Misi ini bukan sahaja membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, tetapi juga mewakili suara kebangkitan kolektif dari Global South yang menuntut agar sekatan terhadap Gaza dihentikan serta-merta.

Akhir sekali, Sumud Nusantara merupakan satu konvoi yang menzahirkan solidariti rakyat dari pelbagai negara menyatakan sokongan tanpa batas terhadap rakyat Palestin. Sehubungan itu, gerakan kalis gentar ini akan terus bersuara lantang mempertahankan hak kemanusiaan masyarakat Gaza yang sering diabaikan serta dilupakan.

Konvoi Darat Sumud Nusantara sedang digerakkan — dan ini masa untuk anda sertai barisan hadapan solidariti! Untuk info penyertaan, laluan konvoi, dan kemas kini penting, sertai grup Telegram rasmi sekarang. Inilah waktunya untuk bersama membawa suara dan langkah kita ke Gaza.

Imbas kod QR yang tertera pada poster atau sertai terus melalui pautan: https://t.me/+41IRfO1VhZhlMTg9

_________________________

The Sumud Nusantara Land Convoy is on the move — and this is your time to stand at the frontlines of solidarity. For registration details, convoy routes, and important updates, join the official Telegram group now. Now is the time to move, to speak, and to stand with Gaza.

Scan the QR code in the poster or join directly via the Telegram link: https://t.me/+41IRfO1VhZhlMTg9

No More Silence. No More Siege.

#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Dapat Daging Setahun Sekali, Untuk Makan Daging Sepanjang Tahun

Bagi rakyat Malaysia, isu keterjaminan makanan masih lagi dalam keadaan terkawal dan akses kepada makanan asas mudah untuk dibeli. Jika...

Global Peace Mission Malaysia Engages in Round Table Discussion on Contemporary Dakwah and Muslim Youth Engagement in Cambodia

By: GPM Humanitarian Affairs and Redevelopment Department On March 21, 2024, Global Peace Mission (GPM) Malaysia had the privilege to...

Ops Ihsan Extends Helping Hand to Gaza with Third Humanitarian Aid Shipment

By: GPM Humanitarian Affairs Department   In a remarkable display of solidarity, Malaysia has successfully dispatched its third air freight...