Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 12)

Selama lebih kurang 3 minggu proses pemilihan dan pengasingan pakaian-pakaian musim sejuk dilakukan akhirnya segalanya telah berakhir dengan jayanya. Ketiga-tiga kontena telah dimuatkan dengan ratusan kotak yang berisikan keperluan musim sejuk untuk Syria.

Ketiga-tiga kontena tersebut juga telah selamat dihantar ke pelabuhan Klang untuk dihantar ke pelabuhan Beirut, Lubnan yang mana isinya bakal memanfaatkan pelarian-pelarian Syria yang memerlukan ketika musim sejuk di Lubnan.

Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan daripada kami Malaysia for Syria di atas penglibatan ramai pihak terutamanya kepada para sukarelawan yang telah setia turun bagi membantu pada beberapa hari sepanjang program kontena ini telah dijalankan.

Andai ada terkurang dan terkasar bahasa, mohon maafkan kami. Jasa anda akan kami kenang sampai bila-bila. #malaysia4syria #savesyria #pray4syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 5)

#KontenaMusimSejukUntukSyria – 24 NOVEMBER 2020 MashaAllah! Tidak putus rakyat Malaysia menghantar bantuan baju tebal dari jam 9 pagi – 5...

A Walk-Through Time: Humanitarianism In 2021

By: Nor Zarifah Saleh binti Saleh   Nowadays, we can see many humanitarian organisations promoting and creating awareness about people...

4 Kontena Musim Sejuk untuk Pelarian Syria Dihantar ke Lubnan

“Pada asalnya kami merancang untuk hanya menghantar satu sahaja kontena..” SHAH ALAM: Malaysia for Syria bersama beberapa buah Pertubuhan Bukan...