Perumahan Lengkap Bersama Masjid, Sekolah dan Telaga Air buat 100 keluarga Pelarian di Syria

Al Bab, Syria – Megah berkibar bendera Malaysia di perkampungan Syrian Al Hayah di daerah Al Bab di bumi Sham, Syria. Malaysia for Syria bersama 8 buah NGO kolaborasi bersatu dalam pembangunan projek perumahan untuk rakyat Syria yang terjejas ekoran perang dan krisis kemanusiaan. Muslim Volunteer Malaysia, My Fund Action, Cinta Syria Malaysia (CSM), Haluan, Faith Men, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission Malaysia (GPM) serta WeCare dari NGO Brunei telah bersama dalam menjayakan pembinaan 100 buah rumah di perkampungan Malaysia untuk Syria yang dinamakan sebagai Syria Al Hayah.

Selain itu, sebuah sekolah, telaga air bersih, taman permainan kanak-kanak, taman bunga dan masjid turut dibangunkan bagi menyediakan kemudahan kepada 100 buah keluarga yang bakal menetap di perkampungan Malaysia ini. Masjid yang dibina berkonsepkan idea masjid negara di Malaysia ini mencuri tumpuan rakyat Syria kerana reka bentuk kubah dan seni bina modennya berbeza dari yang sering mereka lihat di bumi Sham, Syria.

Sejumlah RM1.3 juta kos telah dibelanjakan bagi pembangunan projek perumahan yang bertempat di daerah Al Bab, Syria ini. “Kami juga merancang untuk menyediakan fasiliti-fasiliti tambahan seterusnya di perumahan ini seperti panel solar, kedai runcit dan kemudahan-kemudahan yang lain. Bukan itu sahaja, malah sebuah lagi perumahan untuk pelarian Syria bakal dibina demi menyediakan tempat tinggal yang selesa, lengkap dan selamat di Syria.” – Kata Cik Fareezah Bahar selaku Eksekutif Senior Perhubungan Awam dan Pentadbiran NGO Malaysia for Syria.

Sebuah majlis perasmian telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2021 bagi menyambut kemasukan 52 buah keluarga pelarian Syria dari kem Azraq yang dirasmikan oleh Cik Fareezah Bahar selaku Eksekutif Senior Perhubungan Awam dan Pentadbiran Malaysia for Syria mewakili 8 buah NGO Malaysia yang lain, Timbalan Mufti Kilis, Jameel Damer, serta Chukri Idris, Pengerusi NGO Bonyan di Turki.

Majlis perasmian tersebut dijayakan dengan penyerahan replika kunci rumah, cenderahati, beserta kit ibadah seperti seperti sejadah, tasbih, Al Quran dan kurma, keperluan barangan dapur dan kit kebersihan serta pek kongsi sahur sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan 2021. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang baru berpindah ke rumah baharu.

Jutaan terima kasih buat rakyat Malaysia dan Brunei kerana pembangunan perumahan ini tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan dan sokongan daripada insan prihatin dan kisah akan kesusahan mereka yang memerlukan di bumi kesan peperangan dan krisis kemanusiaan, Syria.

Untuk mengikuti lebih lanjut mengenai kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Malaysia for Syria, layari www.infaksyria.com sekarang untuk melaksanakan 2.5% zakat daripada harta pendapatan anda sekarang. Moga setiap titisan keikhlasan anda, Allah terima dan memberkatinya serta membalasnya dengan segala kebaikan yang layak anda terima. InshaaAllah.

Ramadan Kareem,

Syria,

Rohaidiana binti Rosly,

Eksekutif Konten Digital MFS (Malaysia for Syria).

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Agihan Bantuan Untuk Syria Dibatalkan, 7 Maut

‘Azaz, Syria: 17 Januari 2021, tim Malaysia for Syria di Malaysia dikejutkan dengan berita dari Syria tentang kejadian letupan bom...

Penyembelihan Agung: Ibadah Korban Sambil Meringankan Derita Syria

Korban di Syria melalui Penyembelihan Agung IBADAH KORBAN MELALUI MISI KEMANUSIAN Setibanya bulan Zulhijah umat islam akan berpusu-pusu mengunjungi Baitullah...

KENALI UNIT 8200: SEBUAH RISIKAN GERGASI ISRAEL DEFENSE FORCES (IDF)

1. Latar Belakang Unit 8200 Unit 8200 ialah unit risikan isyarat dan peperangan siber utama dalam IDF di bawah Jabatan...