Kontena Musim Sejuk Untuk Syria 2.0

Syukur atas rezeki, ramai rakyat Malaysia telah menyumbang baju sejuk ( kasut tebal, stokin, sarung tangan dan mafla) untuk kegunaan pelarian Syria di musim dingin yang kian membeku ini bagi projek Kontena For Syria 2.0. 

Terima kasih HALUAN kerana sudi menghadiahkan 300 helai mafla buat pelarian Syria yang memerlukan di Lubnan Kontena untuk Syria 2.0. Semua mafla cantik-cantik dan baru.

Terima kasih Malbat ( https://www.facebook.com/profile.php?id=100069848071836) kerana sudi berkerjasama bersama kami dan NGO Malaysia yang lain bagi menjayakan kontena musim sejuk ini. Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Jumpa di Lubnan nanti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam kerana telah menginfakkan dewan dan kediaman Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan projek Kontena For Syria ini berjalan dengan lancar.

Ini lah wajah petugas dan sukarelawan Malaysia For Syria yang anda sayangi. Mereka telah bertungkus lumus dengan penuh rasa ikhlas bagi memastikan projek kontena ini berjalan dengan lancar.

Jazakallah khair, Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian, Kerajaan Selangor dan NGO Malaysia seperti Peduli Insan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Cinta Syria Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia kerana sudi bertungkus lumus menggerakkan projek kontena musim sejuk untuk Syria ini.

MFS berdoa semoga projek ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelarian Syria di Lubnan dan juga menjadi amal jariah buat dermawan-dermawan yang telah menginfakkan barang mereka, Allahumma amin.

InsyaAllah dua (2) buah kontena ini akan mula bergerak seawal minggu ini dan insyaAllah akan tiba di Lubnan dalam masa satu (1) bulan dari sekarang.

Terima kasih rakyat Malaysia yang budiman kerana cakna dan sudi membantu pelarian Syria yang memerlukan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 6)

Daripada hanya sebuah kontena yang bakal Malaysia for Syria hantar ke Lubnan untuk misi musim sejuk pelarian Syria, kini sudah...

GPM Malaysia and Zurich Distribute Emergency Grab Bags in Flood-Prone Areas

By: GPM Humanitarian Affairs Department   In a proactive move to address the challenges posed by the upcoming flood season,...

Ribuan Unit Rumah Dibakar Oleh IOF

GAZA 8 Feb, Tentera Israel (IOF) telah membakar 3,000 unit rumah di Semenanjung Gaza dengan kerugian melebihi puluhan juta dolar,...