Pernah tak anda merasai kesejukan musim sejuk? Ramai yang berhajat untuk ke luar negara demi menikmati suasana musim sejuk. Namun, mungkin anda tak tahu yang musim sejuk ini merupakan ujian besar buat saudara-saudara kita di Syria.
Kem Jarabulus 1 – Misi Musim Sejuk untuk Syria 2018
Ini bukanlah misi pertama kami untuk menghantar bantuan musim sejuk untuk Syria. Namun, setiap kali menjejakkan kaki ke kem perlarian, hati kami tetap TERSENTUH. Kem yang menempatkan 50 buah keluarga ini terletak di atas bukit dan sangat daif. Seperti kem-kem lain di Syria, tanah di kem-kem pelarian berlecak dan tiada saluran air yang sempurna.

Mata kami tertumpu pada kanak-kanak yang berkeliaran di sekitar kem dan bermain-main. Kebanyakan mereka tidak berkasut. KESIANNYA… Jika ada yang berkasut sekali pun, kasut mereka sudah lusuh, koyak dan ada yang memakai kasut yang bersaiz kecil dari kaki mereka (mungkin kasut yang sudah lama).
Syria Berkaki Ayam
Teman-teman yang baik,
Kami merapati anak-anak ini. Kami peluk erat dan mengusap-usap kepala mereka. Tidak lagi mengendahkan keadaan mereka yang tidak terurus. Kuku kaki dan tangan …
Kuku kaki dan tangan kanak-kanak di sini sangat kotor. Rambut mereka juga menggerbang dan mengeras menggambarkan sebegitu lama mereka tidak membersihkan diri.
Apabila anak-anak melihat kehadiran kami di kem ini, mereka semua berlari menuju ke arah kami dengan berkaki ayam dalam keadaan kaki berlumpur.
Pada mulanya mereka takut dan malu-malu untuk mendekati kami, namun setelah kami sarungkan stoking dan kasut pada kaki mereka. Kami dapat rasa perasaan gembira mereka apabila melihat kanak-kanak yang telah dapat memakai kasut baru, mereka saling berinteraksi, melihat kasut masing-masing dan bergelak ketawa sesama mereka.

MAYBANK : 564810513971
BANK ISLAM : 14210010009882
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
SALAM BAHAGIA DARI KAMI,
Tim Hangat dengan Kasih Sayang – MLLFS.