Ayuh Korban/Akikah Di Syria

Ayuh sertai Korban bersama MLLFS!
Korban dan akikah di Syria

Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dipanggil Hari Raya Korban. Seperti yang diketahui umum, pada hari raya Korban ini, umat Islam selalunya akan berpusu-pusu untuk melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut oleh agama Islam. Di Malaysia sendiri, fenomena korban merupakan norma setiap kali tiba bulan Zulhijjah. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, pernahkan kita terfikir untuk melaksanakan korban atau akikah di luar negara?

Pada tahun 2019 ini, pihak Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) telah melancarkan kempen Penyembelihan Agung: Korban Untuk Syria. Kempen ini membuka peluang bagi mereka yang budiman untuk memberi sumbangan atau membuat penyertaan korban yang akan dilaksanakan di Syria. Tahun ini merupakan tahun ke-8 MLLFS menjalankan kempen #PenyembelihanAgung dan kami menyasarkan sebanyak 300 ekor kambing untuk dikorban atau diakikahkan di Syria nanti.

PEKAJ YANG DITAWARKAN

Dengan pakej serendah RM1,000 bagi seekor kambing, rakyat Malaysia berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban atau akikah di Syria. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka juga boleh menyumbang untuk sedekah korban sebanyak RM100, kotak makanan RM100, perubatan RM150 dan pendidikan RM100. Kesemua sumbangan ini akan disalurkan terus kepada pelarian Syria yang memerlukan melalui MLLFS.
Sertai Korban bersama MLLFS!
Suasana sebelum mengagihkan daging korban

1 EKOR KAMBING = 100 PENERIMA MANFAAT

Sumbangan dan penyertaan ibadah korban oleh rakyat Malaysia yang budiman mampu untuk meringankan beban mereka yang memerlukan disamping memberikan keceriaan kepada pelarian Syria yang berhadapan dengan konflik peperangan yang belum berkesudahan. Seekor kambing yang disembelih mampu untuk memberi manfaat kepada 80 sehingga 100 orang pelarian Syria. Setiap sumbangan dan bantuan anda pastinya akan mengukir seribu satu senyuman di wajah mereka yang memerlukan. Antara kawasan yang akan menerima manfaat daripada kempen ini termasuklah Aleppo, Idlib, Hama dan Haza.

Justeru, pihak MLLFS sangat mengalu-alukan penyertaan korban dan sumbangan dari rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan kempen #PenyembelihanAgung ini dan meraikan pelarian Syria yang serba kekurangan sempena Hari Raya Korban yang bakal tiba nanti.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyumbang atau menyertai korban di Syria bersama MLLFS, anda bolehlah menghubungi pejabat urusan Malaysian Life Line for Syria di talian 03-41443441 ataupun Whatsapp ke nombor 011-37312236 (Nasaruddin). Anda juga boleh layari laman sesawang http://malaysia4syria.org/penyembelihanagung.

“Demi Syria, Untuk Ummah”

Salam Kemanusiaan,

Ainun Syafiqah Binti Abdul Latif

Aktivis Kemanusiaan Malaysian Life Line for Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

“Hipotermia” pada musim sejuk mengakibatkan kematian

“Dalam tempoh dua bulan, sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak telah mati dalam kem pelarian atau ketika melarikan diri ke kem di Syria.”...

The Worst in 10 Years

By: Nurul Najihah Mohd Roffe , Content Manager Executive Global Peace Mission Malaysia   Kuala Lumpur, 8 December 2021 –...

‘Saudara berperang’: Hubungan Pakistan-Afghanistan tegang selepas serangan rentas sempadan

Islamabad, Pakistan – Serangan udara Pakistan di dalam Afghanistan pada hari Isnin, bertepatan dengan ketegangan yang memuncak antara negara jiran...