Banjir dahsyat landa Indonesia

Jakarta- Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta-Bogor-Depok-Tangerang-Bekasi (Jabodetabek) sejak awal minggu lalu.

Limpahan Sungai Bekasi di Jawa Barat setinggi lebih tiga meter menenggelamkan seluruh kawasan Kota Bekasi, menjejaskan aktiviti harian di bandar satelit Jakarta yang berpopulasi padat kira-kira 11.35 juta orang selain beberapa bandar sekitarnya yang turut meragut tiga nyawa.

Banjir tersebut juga disebabkan limpahan Sungai Ciliwung dan Cisadane yang berasal dari Puncak Cisarua di Kabupaten Bogor. Insiden banjir lumpur pertama sejak 2017 yang melanda seluruh tingkat bawah Mega Bekasi Hypermall turut menjadi tular di media sosial.

Banjir luar biasa yang bermula pada Isnin itu dijangka berterusan hingga Selasa ini.Operasi itu akan dijalankan sehingga Sabtu dan memberi tumpuan di kawasan pergununan di provinsi Jawa Barat di mana taburan hujan sering turun di ibu kota Indonesia.

“Kita tidak boleh menghalang hujan, namun kita akan cuba mengurangkan intensitinya,” ujar Ketua Agensi Cuaca Indonesia, Dwikorita Karnawati.

Jakarta yang berdataran rendah terdedah kepada banjir semasa musim hujan pada November sehingga Mac.

 

 

Sementara itu, pemeriksaan dibuat Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) kawasan hulu sungai di Jawa Barat berjaya membongkar kegiatan melanggar undang-undang alam sekitar yang dipercayai menyumbang kepada insiden banjir di Jabodetabek.

Menteri Alam Sekitar, Hanif Faisol Nurofiq berkata, 33 lokasi lain yang terletak di Puncak Cisarua, Kabupaten Bogor juga berdepan pelanggaran serupa.

“Kes ini akan disiasat kerana laporan kami mengenal pasti perubahan dalam perancangan ruang telah menyebabkan banjir,” ujarnya merujuk kepada fungsi papan pemantau alam sekitar yang telah diubah individu tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sebarang perubahan fungsi tanah perlu disokong analisis saintifik terutamanya di zon hulu yang menjadi tempat tadahan air bawah tanah.

Pada 2020, hujan lebat berterusan telah mencetuskan banjir besar dan kejadian tanah runtuh di sekitar Jakarta yang meragut hampir 70 nyawa manakala ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Banjir Kilat Di Afghanistan Ragut Lebih 300 Nyawa

Afghanistan – Sejak pertengahan April, banjir kilat telah mengorbankan kira-kira 100 orang di 10 wilayah Afghanistan. Jumlah kematian di Afghanistan...

International Women’s Day 2024

By: Research Development and Advocacy   “There are two genders in the world, the first one is man, and the...

Ramadan di Syria: Kisah melalui lensa seorang juruvideo

By: Research Development and Advocacy   “Keadaan rumah tersebut sangat usang, kalau biasa di kem pelarian, kita tahu keadaannya, kita...