Sudan: 700 Ribu Kanak-kanak Diancam Kekurangan Zat

SUDAN 10 Feb, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.

“Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.

“UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan,” kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jordan (Petra). Sumber: Astro Awani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Majlis Keselamatan Menuntut Gencatan Senjata Segera di Gaza untuk Bulan Ramadan

Majlis menerima resolusi 2728 (2024) (akan dikeluarkan sebagai dokumen S/RES/2728(2024)) dengan 14 undian menyokong, kosong tentangan, dengan satu berkecuali (Amerika...

Sesakan kapal di Laut Merah apabila Houthi menjanjikan serangan ke atas lebih banyak lorong perkapalan

15 Mac 2024- Pengawal keselamatan marin berkata bahawa sebuah kapal dagang telah rosak dalam serangan peluru berpandu di Laut Merah...

‘Saudara berperang’: Hubungan Pakistan-Afghanistan tegang selepas serangan rentas sempadan

Islamabad, Pakistan – Serangan udara Pakistan di dalam Afghanistan pada hari Isnin, bertepatan dengan ketegangan yang memuncak antara negara jiran...