Kontena Musim Sejuk Untuk Syria 2.0

Syukur atas rezeki, ramai rakyat Malaysia telah menyumbang baju sejuk ( kasut tebal, stokin, sarung tangan dan mafla) untuk kegunaan pelarian Syria di musim dingin yang kian membeku ini bagi projek Kontena For Syria 2.0. Terima kasih HALUAN kerana sudi menghadiahkan 300 helai mafla buat pelarian Syria yang memerlukan di Lubnan Kontena untuk Syria 2.0. […]
MALAYSIA GESA ICJ PERJELASKAN KEWAJIPAN ISRAEL DI WILAYAH PALESTIN YANG DIDUDUKI

Pada sesi pendengaran awam di ICJ yang berlangsung di The Hague dari 28 April sehingga 2 Mei, Malaysia sekali lagi mengambil bahagian dalam usaha mempertahankan undang-undang antarabangsa. Penyertaan ini merupakan penyertaan ketiga Malaysia dalam prosiding Pendapat Nasihat ICJ berkaitan isu Palestin, selepas penglibatan terdahulu pada tahun 2004 dan Februari 2024. Dalam konteks ini, kenyataan Malaysia […]
KENALI UNIT 8200: SEBUAH RISIKAN GERGASI ISRAEL DEFENSE FORCES (IDF)
1. Latar Belakang Unit 8200 Unit 8200 ialah unit risikan isyarat dan peperangan siber utama dalam IDF di bawah Jabatan Risikan Ketenteraan (Aman (Bahasa Hebrew)). Mereka bertanggungjawab mengumpul maklumat rahsia dan menjalankan operasi siber strategik bagi memastikan keselamatan Israel. 2. Peranan dan Fungsi Utama Unit 8200 mengumpul risikan isyarat, menyahsulit kod rahsia, menjalankan kontra […]
#PeluangTerakhir : Waqaf Telaga Mawaddah Syria

#PeluangTerakhir : RM12,151.00 LAGI DIPERLUKAN UNTUK TELAGA MAWADDAH DI SYRIA. Kemusnahan infrastruktur air akibat perang di Syria menggerakkan hati kami di Malaysia For Syria (MFS) untuk membangunkan projek Telaga Mawaddah 2.0. Projek telaga air dan laluan paip ini bakal dibina di utara Syria iaitu daerah Al-bab, Aleppo yang bakal memanfaatkan lebih 100 buah keluarga pelarian […]
Pelik! Menjual Biskut Tetapi Biskutnya Tidak Diberi.

“Satu jari telunjuk diangkat. …kami mengeluarkan beberapa keping duit Syria untuk diberikan kepadanya.” Kerana secara zahirnya salji itu tampak menyeronokkan, tetapi anda perlu tahu bahawa ada nyawa-nyawa kecil yang sedang bertarung dengan putih bersih dan gebunya salji di negara mereka, Syria. Berada secara fizikalnya di bumi Syria ketika musim sejuk dan disediakan tempat tinggal sebelum […]
Caruman Bulanan Qurban 2021

Ibadah Qurban kini lebih mudah dengan hanya satu klik! Malaysia For Syria (MFS) kini membuka peluang kepada anda yang ingin menjadi peserta Qurban tahun 2021 di bawah kempen Penyembelihan Agung : Qurban untuk Syria yang berpengalaman dalam menyempurnakan ibadah korban lebih 8 tahun semenjak tahun 2012. Sebagai usaha menggalakkan lebih ramai lagi yang menyertai ibadah Qurban […]
Tabung Tajaan Makanan Ditutup

Ribuan Terima Kasih Daripada Kami, Malaysia for Syria dan Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre Buat Rakyat Malaysia Untuk Jumlah Terkumpul Ini. MasyaaAllah… Sejumlah RM83,731 dana terkumpul bagi Tabung Tajaan Makanan buat anak-anak pelarian Syria yang mendapatkan pendidikan di Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre, Setiawangsa. Makanan panas, pizza, shawarma, spaghetti, pasta, burger dan […]
Berjalan Kaki Sejauh 5KM.

Beginilah keadaan setiap kali tim Malaysia For Syria (MFS) mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sekitar bumi Syam dan juga Turki. Pernah kami bertanya “kamu datang naik apa?”. “Jalan kaki sahaja” jawabnya. “Kamu tinggal di mana?”. ” Tak jauh pun, 5km sahaja”. Terkelu buat seketika apabila ada pelarian Syria yang sanggup berjalan kaki sejauh […]
3D Design Kampung Syrian Al-Hayah

Beginilah gambaran Kampung Syrian Al-Hayah kita yang sedang dibina di bandar Al-Bab, Syria. Perkampungan ini bakal memberi manfaat kepada 100 buah keluarga pelarian Syria yang terkesan dek pengeboman di Idlib pada bulan Februari 2020. Sedang dibina :- 100 buah rumah Dua tingkat Masjid As-Sabeel Sekolah Jasmine Ash Sham 2.0 MasyAllah teruja pihak MFS lihat perkampungan […]
Sedekah Subuh Syria

SUBUH YANG BERMANFAAT | Jadualkan Sedekah Subuh Anda Sekarang! Baru balik dari masjid solat Subuh jemaah ke tu? Wah wahhh.. bagusnya.. Pssttt… lagi berlipat ganda pahala Subuh hari ini kalau abang kakak semua buat sedekah Subuh kan? Leceh lah kalau nak kena taip nombor akaun bank, nak kena fikir lama jumlah yang nak disedekahkan. […]
#Kemaskini : KAMPUNG SYRIAN AL-HAYAH

Dermawan Malaysia For Syria (MFS) yang budiman, Lihatlah perkembangan kampung yang sedang kita bina di Al-Bab Syria. InsyaAllah kampung ini akan menempatkan lebih 100 buah keluarga pelarian Syria. Kita juga bakal membangunkan Masjid As-Sabeel, Sekolah Jasmine Ash Sham II, Kilang Roti dan Telaga Mawaddah di Syrian Al-Hayah disini. InsyaAllah kita cuba siapkan perkampungan ini pada […]
NGO Malaysia for Syria Dedah ’Sikap’ Pelarian Syria

“Luluh hati apabila melihat ada ibu bapa yang sanggup membakar pakaian dan buku anak-anak mereka.” Malaysia for Syria merupakan antara Badan Kemanusiaan Malaysia yang terawal mengikuti isu kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Syria yang menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Saban tahun, Malaysia for Syria telah menjadi perantara bagi rakyat Malaysia yang turut […]