Peperangan Di Syria: Apa Kata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Status Syria dalam OIC

Tahun 2012 merupakan tahun bersejarah di mana keahlian Syria telah digugurkan daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) walaupun dibantah oleh sekutunya Iran, namun kata putus telah pun dibuat. [1] Keputusan yang dibuat OIC bukan sahaja membuktikan pertubuhan ini masih mempunyai kuasa untuk menghalang peperangan yang berlaku, malahan menunjukkan bahawa OIC sebenarnya mampu berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, dengan campur tangan kuasa besar Barat seperti Amerika Syarikat dan Rusia menjadikan komplikasi yang berlaku agak sulit untuk diatasi.

Abd. Al Fatah, ditemuramah oleh akhbar Utusan (2017), menyatakan peperangan yang berlaku di Syria adalah konspirasi dari kuasa kuasa besar Barat di mana Syria sebenarnya sedang dihancurkan oleh komuniti antarabangsa iaitu Iran, Rusia, Amerika Syarikat dan rejim Syria. [2]
Syria di saat kemusnahan.

Bedasarkan Elcabay dan Usar (2019) menyatakan peperangan di Syria telah menyebabkan kematian sebanyak 1juta rakyatnya, bukan itu sahaja, malahan mengakibatkan 11juta rakyat Syria terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.[3] Peperangan yang dicampuri campur tangan luar ini tidak lagi digelar peperangan saudara, kerana mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi disebalik bantuan yang diberikan serta menyumbang kepada peratusan kehancuran yang lebih besar.

Antara usaha yang disuarakan oleh Al-Othaimeen, setiausaha Awam OIC telah menyatakan bahawa OIC menyokong jalan penyelesaian politik yang akan menyumbang kepada penubuhan negara Syria sebagai sebuah negara yang mengamalkan pluralism; perkongsian kuasa politik dalam sesebuah negara, malah mengamalkan demokrasi dan sistem sivil serta menghormati hak-hak kemanusiaan. [4]
Pelarian Syria yang melarikan diri untuk mencari tempat perlindungan.

Usaha Menyelamatkan Syria

Selain itu, mereka juga menggesa pihak-pihak yang berada di Syria untuk menghentikan peperangan itu. Malahan, keahlian Syria sebagai ahli kepada OIC juga sudah dilucutkan sejak tahun 2012 lagi, setahun selepas peperangan di negara itu semakin menemui jalan buntu untuk diselesaikan. Peperangan yang berlaku di Syria bukan sahaja cuba diselesaikan oleh OIC, bahkan persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N.) juga telah berusaha memberikan penyelesaian ke atas konflik ini dengan mewujudkan “U.N. Resolution 2401” iaitu dengan menggesa kesemua pihak yang terlibat untuk melaksanakan gencatan senjata selama 30 hari untuk memberikan peluang kepada rakyat Syria mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.[5]

Bukan itu sahaja, 2018 menyaksikan kuasa besar dan kepimpinan tertinggi dari PBB. (U.N.) iaitu Russia dan Turki menandatangani persetujuan untuk mewujudkan zon bebas tentera di wilayah Idlib di Syria yang mampu melindungi orang awam dari menjadi mangsa serangan tentera. [6] Usaha yang dilakukan menunjukkan UN juga tidak ketinggalan dalam mencari cara mengatasi permasalahan di Syria ini. Walaupun UN dan OIC berusaha sehabis baik untuk menangani masalah ini, situasi di Syria dilihat semakin meruncing dari hari ke sehari. Berbagai kumpulan aktivis bukan kerajaan juga turut membantu perlarian Syria yang terseksa seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).

Rujukan:

[1] The Organization of Islamic Cooperation Suspended the membership of Syria at the Extraordinary Summit. Republic of Turkey, Ministry of Foreign Affairs. Retrieved from http://www.mfa.gov.tr/the-organization-of-islamic-cooperation-suspended-the-membership-of-syria-at-the-extraordinary-summit.en.mfa

[2] Rahsia di sebalik kemelut Syria, (2017). Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rahsia-di-sebalik-kemelut-syria-1.476084

[3] Mehmet Nuri Ucar and Hussein Mahmoud Ragab Elkabany, (2019). OIC Supports Political Solution to Syrian Crisis. AA World, Middle East. Retrieved from https://www.aa.com.tr/en/middle-east/oic-supports-political-solution-to-syrian-crisis/1418587

[5] Mishra, N., Danforth, Nicholas., & Michek, J., (2018). Explainer on Syria and U.N. Resolution 2401. Bipartisan Policy Center. Retrieved from https://bipartisanpolicy.org/blog/explainer-on-syria-and-u-n-resolution-2401/

[6] Berita Harian, (2018). PBB gesa kerjasama wujud zon bebas tentera di Idlib. Retrieved from https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/09/475386/pbb-gesa-kerjasama-wujud-zon-bebas-tentera-di-idlib

Nurshuhadah Zamri

Aktivis Kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria (MLLFS)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

The Worst in 10 Years

By: Nurul Najihah Mohd Roffe , Content Manager Executive Global Peace Mission Malaysia   Kuala Lumpur, 8 December 2021 –...

Ops Ihsan Extends Helping Hand to Gaza with Third Humanitarian Aid Shipment

By: GPM Humanitarian Affairs Department   In a remarkable display of solidarity, Malaysia has successfully dispatched its third air freight...

Misi Kemanusiaan ke Syria: Menyusuri Harapan di Tengah Runtuhan

SELEPAS hampir 54 tahun dibelenggu pemerintahan kuku besi regim Assad dan parti Ba’ath, rakyat Syria akhirnya meraikan kemenangan dengan memulakan...