LAPORAN SITUASI TERKINI DI GAZA SETAKAT 5 JUN 2025

Kredit: Al-Jazeera

1. Arahan Pemindahan Paksa ke Al-Mawasi Bermula Mei 2025

Pada Mei 2025, Israel mengarahkan pemindahan paksa penduduk dari selatan Gaza; Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara ke Al-Mawasi, yang dijamin sebagai “zon selamat”. Namun, al-Mawasi sendiri telah beberapa kali diserang udara oleh Israel, sekaligus menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan ratusan ribu penduduk yang dipindahkan ke sana.

2. Jumlah Penduduk yang Dipindahkan Mencecah Ratusan Ribu

Sejak Mei 2025, lebih 600,000 rakyat Palestin terpaksa berpindah ke al-Mawasi dan Tel Sultan serta sekitarnya akibat peningkatan operasi Israel. Pemindahan paksa ini menyebabkan kepadatan penduduk ekstrem, meningkatkan risiko bahaya dan menyukarkan akses kepada bantuan kemanusiaan asas di kawasan-kawasan yang sudah pun tertekan.

3. Serangan Tentera Israel di Pusat Pengagihan Bantuan Gaza Humanitarian Foundation (GHF)

Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebuah NGO di bawah kerangka AS-Israel. Ia ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan, namun dunia menyaksikan serangan berulang. Sejak ia mula digerakkan pada 26 Mei sehingga 5 Jun 2025, IDF telah menyerang kawasan GHF, menyebabkan sekurang-kurangnya 130 kematian. Ini menimbulkan persoalan serius tentang keselamatan mekanisme bantuan.

4. Kematian Keseluruhan Sejak Oktober 2023

Sejak 7 Oktober 2023, lebih 54,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, meningkat drastik dari 46,900 sebelum gencatan senjata pada 18 Januari 2024. Lebih 50% mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, menunjukkan kesan dahsyat pada golongan rentan. Kini, lebih 123,000 orang cedera, sekaligus menyaksikan krisis kemanusiaan yang semakin parah.

5. Kritikan Antarabangsa terhadap Sistem Bantuan dan Tindakan Israel

PBB, beberapa negara Eropah; Jerman, Britain, Perancis, dan badan kemanusiaan antarabangsa mengecam sistem pengagihan bantuan yang dikawal ketat oleh Israel dan AS. Mereka menegaskan kawalan ini melanggar prinsip kemanusiaan, memperburuk krisis, menghalang akses ke kawasan paling memerlukan, dan dilihat menggunakan bantuan sebagai alat tekanan politik-ketenteraan.

6. Israel Terus Membina Pusat Pengagihan Bantuan Baharu

Selepas operasi Rafah, Israel sedang membina beberapa pusat pengagihan bantuan baharu di tengah dan utara Gaza. Ini bertujuan meningkatkan aliran bantuan ke kawasan paling teruk terjejas dan mengatasi kritikan akses. Namun, keselamatan, pengurusan dan keberkesanan pusat-pusat ini tetap menjadi tumpuan utama di tengah konflik berterusan.

7. Israel Dakwa Serangan Yang Dilakukan Berpunca daripada Hamas

Pihak Israel mendakwa Hamas sengaja cuba mengganggu proses pengagihan bantuan dengan menghantar individu bersenjata untuk menyerang orang awam. Namun, sehingga kini tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut telah diberikan, menyebabkan banyak pihak mempersoal kebenarannya.

8. Krisis Kemanusiaan Bertambah Teruk akibat Sekatan dan Serangan Berterusan

Sekatan ketat dan serangan berterusan Israel telah menyebabkan kemusnahan besar infrastruktur asas seperti rumah, hospital dan pusat bantuan di Rafah (Tel al-Sultan dan Al-Mawasi). Penduduk kini menghadapi kebuluran, penyakit dan trauma yang meluas, dengan akses bantuan yang sangat terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan mendesak.

Penulis: READ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 11)

– 4 DISEMBER 2020 Selesai sahaja mengisi kontena ke-1, sukarelawan meneruskan misi ini dengan mengisi barang bantuan bagi kontena dua...

Gaza is under attack !

By: Nur Izzatul Sofika binti Mohd Yusof   On August 5, 2022, the Gaza Strip became the target of an...

Grand Iftar for the Needy 2024

Ramadan is an Islamic month in which fasting is obligatory for all Muslims. The month of Ramadan is also a...