Hari Pelarian Sedunia: GPM Malaysia Buktikan Kemanusiaan Tiada Sempadan

Setiap tahun pada 20 Jun, dunia memperingati Hari Pelarian Sedunia satu hari untuk kita mengenang dan menghargai ketabahan jutaan insan yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana peperangan, keganasan dan penganiayaan. Di Malaysia sendiri, lebih 200,000 pelarian berdaftar dari pelbagai negara seperti Syria, Palestin, Afghanistan dan komuniti Rohingya hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ramai antara mereka tidak memiliki akses kepada pendidikan formal, pekerjaan yang sah, atau perlindungan undang-undang menjadikan kehidupan seharian satu perjuangan yang berterusan.

Tema Hari Pelarian Sedunia pada tahun ini ialah “Solidarity with Refugees”. Ia merupakan seruan kepada kita semua untuk bukan sekadar bersimpati, tapi betul-betul turun ke padang bantu mereka. Solidariti bukan hanya ucapan, tapi tindakan. Berdiri bersama mereka, hulur tangan bila perlu, dan cipta ruang selamat untuk mereka bangkit semula.

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan yang berteraskan nilai Islam dan kemanusiaan sejagat, GPM terus komited menyatakan solidariti bersama pelarian melalui pelbagai projek kemanusiaan yang menyantuni pelarian dari Syria, Palestin, Myanmar, Afghanistan, Iraq, dan pelbagai lagi negara bergolak. Solidariti bagi GPM bukan sekadar slogan, tetapi misi nyata yang dilaksanakan merentasi sempadan. Antara usaha signifikan GPM dalam mengangkat martabat pelarian termasuklah:

1. Pendidikan dan Kemahiran sebagai Landasan Perubahan

Menyedari bahawa pendidikan adalah asas masa depan yang kukuh, GPM telah mengambil inisiatif membangunkan sistem pendidikan alternatif yang holistik untuk memastikan generasi pelarian tidak ketinggalan dalam arus pembangunan global. Dengan demikian, GPM telah menubuhkan:

  • Sekolah Jasmine As-Sham, sebuah sekolah alternatif di Malaysia untuk anak-anak pelarian dari Syria, Palestin, dan beberapa negara lain.
  • Madrasah dan Sekolah di Cox’s Bazar, Bangladesh, yang menampung kanak-kanak pelarian Rohingya yang tercicir daripada sistem pendidikan.

2. Vokasional Al-Anbar di Iraq: Membina Kemahiran, Menjana Pendapatan

GPM Malaysia juga menjalankan Projek Vokasional Al-Anbar di Iraq yang memberi tumpuan kepada membantu Pelarian Dalam Negara (IDP) di negara tersebut. Projek ini menyediakan 4 bidang kemahiran berorientasikan pasaran lokal iaitu:

  • Bengkel penghasilan makanan dan konfekseri
  • Bengkel dandanan rambut dan terapi kecantikan
  • Bengkel sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan keselamatan
  • Bengkel sistem tenaga solar

Melalui program ini, peserta dilatih dengan kemahiran praktikal yang membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri dan berdikari. Ini selaras dengan matlamat GPM untuk membangunkan komuniti yang mampu berdikari selepas menghadapi krisis.

3. Bantuan Kemanusiaan Menyeluruh

  • Projek Winter Aid for The Needy (WAFTN)

GPM Malaysia menunjukkan keprihatinan terhadap pelarian dalam projek-projek tahunan, salah satunya  iaitu Misi Musim Sejuk yang melampau di beberapa buah negara konflik termasuk Afghanistan dan Palestin. Bantuan seperti pakaian musim sejuk, selimut tebal, makanan siap makan, dan peralatan pemanas telah disalurkan kepada ribuan keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan.

Bantuan Kemanusiaan di Gaza, Palestin

GPM terus komited dalam menyediakan bantuan asas seperti makanan, air bersih, dan kemudahan sanitasi melalui projek WASH (Water, Sanitation, and Hygiene). Pembinaan semula infrastruktur asas termasuk pusat kesihatan juga menjadi fokus utama dalam misi kemanusiaan di sekitar kawasan Khan Younis, Utara dan Selatan Gaza, serta Al-Nusairat yang dilanda konflik ini.

Mengapa Ini Semua Penting?

Pendidikan dan latihan kemahiran merupakan senjata paling ampuh untuk memutuskan kitaran kemiskinan dan membina masa depan yang lebih cerah. Setiap individu yang berjaya dilatih dengan kemahiran praktikal hari ini berpotensi menjamin ekonomi keluarga dan komuniti mereka pada masa hadapan.

Bantuan musim sejuk bukan sekadar tentang menyediakan keperluan fizikal, tetapi tentang memelihara nyawa yang terancam akibat suhu melampau. Sementara di Gaza, setiap pakej bantuan makanan dan air bersih yang disalurkan adalah tali hayat bagi keluarga yang terperangkap dalam konflik yang tiada penghujungnya.

Peluang Untuk Anda Memberi Sumbangan

Setiap individu berpeluang menyumbang dan berbakti melalui pelbagai cara yang mudah dan bermakna. Sumbangan kewangan, sokongan pendidikan, atau penyertaan sebagai sukarelawan dalam program GPM mampu memberi impak besar kepada pelarian dan komuniti yang terjejas. Setiap bantuan, walau sekecil mana, mampu mencetus perubahan dan harapan baru dalam kehidupan mereka.

Ikuti perkembangan terkini usaha-usaha GPM Malaysia melalui laman media sosial rasmi atau kunjungi laman web untuk maklumat lanjut tentang cara menyumbang. Setiap ringgit yang didermakan adalah nafas baru bagi mereka yang hampir putus asa.

#HariPelarianSedunia #GPMMalaysia #KemanusiaanTanpaSempadan

Penulis: Husna Sabri, Aktivis GPM.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Across All Continents Kashmiri Diaspora Organizations Condemn Annexation of Kashmir

Washington, D.C. August 4, 2020. On August 5, 2019, the Government of India laid bare its naked ambition extant since...

World Refugee Day

By: Nur Izzatul Sofika bt Mohd Yusof   “Home is a nice shelter for us, but it differs for refugees.”...

Ayuh Korban/Akikah Di Syria

Korban dan akikah di Syria Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih...