Berjalan Kaki Sejauh 5KM.

Beginilah keadaan setiap kali tim Malaysia For Syria (MFS) mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sekitar bumi Syam dan juga Turki.

Pernah kami bertanya “kamu datang naik apa?”. “Jalan kaki sahaja” jawabnya. “Kamu tinggal di mana?”. ” Tak jauh pun, 5km sahaja”. Terkelu buat seketika apabila ada pelarian Syria yang sanggup berjalan kaki sejauh itu demi untuk mendapatkan bantuan dari kami.
Kotak makanan yang diangkat itu bukan ringan ya tuan puan. Ada dalam 10KG; dipenuhi dengan makanan ruji yang makan mengisi perut mereka lebih 2 minggu.
Dermawan yang budiman,
Buat julung kalinya tim MFS akan menghantar bantuan kemanusiaan bagi tabung Misi Musim Sejuk untuk Syria 9.0, antara bantuan yang akan disalurkan adalah :
  • Set #HotMeal bersama : RM100
  • Set Pakaian Musim Sejuk : RM150
  • Set Kotak Makanan : RM150
  • Set Alat Pemanas : RM200
  • Khemah untuk Satu Keluarga : RM1,000
Silakan klik pada pautan berikut bagi berkongsi rasa kasih sayang secara atas talian : https://infaksyria.com/donations/misi-musim-sejuk/
Salam sayang buat Syria,
Tim Malaysia For Syria.
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Membangunkan Syria Dari Sudut Sosiologi

Nasib yang menimpa rakyat Syria Di anak tirikan di negara sendiri, dilayan seperti pengemis di negara orang. Itulah pengertian sebenar...

Tajaan Makanan untuk Anak Syria.

Hari ini anak-anak Syria kalian di sekolah Jasmine Ash Sham telah menikmati pasta keju bakar ketika waktu rehat dan selepas...

NGO Malaysia for Syria Dedah ’Sikap’ Pelarian Syria

  “Luluh hati apabila melihat ada ibu bapa yang sanggup membakar pakaian dan buku anak-anak mereka.” Malaysia for Syria merupakan...