Banjir Kilat Di Afghanistan Ragut Lebih 300 Nyawa

Afghanistan – Sejak pertengahan April, banjir kilat telah mengorbankan kira-kira 100 orang di 10 wilayah Afghanistan. Jumlah kematian di Afghanistan telah  meningkat dengan cepat sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pelarian Taliban dimana 315 nyawa telah terkorban dan lebih 1600 orang telah tercedera.

Ladang tanah di negara ini telah ditelenggami air walhal 80 peratus daripada lebih 40 juta orang di negara ini bergantung kepada pertanian untuk terus hidup. Mengikut WFP, antara wilayah yang terjejas teruk ialah Baghlan. Di Baghlan Sahaja, lebih 200 orang telah terbunuh dan beribu-ribu buah rumah telah musnah. Selain itu, wilayah Badakhshan di timur laut, Ghor tengah dan Herat barat juga antara wilayah yang dilanda kemusnahan teruk yang menyebabkan kerugian kewangan yang ketara.

 

Mohamad Akram Akbari selaku pengarah wilayah pengurusan bencana alam di Badakhshan berkata kemalangan jiwa dikhuatiri berlaku di daerah Tishkan, di mana air banjir telah menyekat jalan dan memutuskan akses ke kawasan kira-kira 20,000 orang tinggal.

Apabila kawasan yang terjejas diumumkan darurat, Kementerian Pertahanan Negara telah mula mengagihkan makanan, ubat-ubatan dan pertolongan cemas kepada mereka yang terjejas. Pihak berkuasa juga bertungkus lumus membantu mereka yang cedera dan tentera udara telah memindahkan lebih 100 mangsa ke hospital tentera. Di samping itu, pasukan keselamatan daripada tentera negara dan polis juga bekerjasama untuk mencari mana-mana mangsa yang mungkin di bawah lumpur dan runtuhan.

Sumber asal: Al-Jazeera

(https://www.aljazeera.com/news/2024/5/11/more-than-150-killed-in-afghanistan-flash-floods-government-says?utm_campaign=later-linkinbio-aljazeeraenglish&utm_content=later-42955310&utm_medium=social&utm_source=linkin.bio)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kemelut 8 Tahun Peperangan Di Syria

SYRIA KINI… Peperangan di Syria mencatatkan sejarah hitam bagi dunia Islam akibat kekejaman pemerintahan Bashar Asad. Akibat penekanan dari Rejim...

World Humanitarian Day 2021

By: Nor Zarifah binti Saleh   Kuala Lumpur, 19 August 21 – Every year on the 19th of August, we...

Perumahan Lengkap Bersama Masjid, Sekolah dan Telaga Air buat 100 keluarga Pelarian di Syria

Al Bab, Syria – Megah berkibar bendera Malaysia di perkampungan Syrian Al Hayah di daerah Al Bab di bumi Sham,...