
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dipanggil Hari Raya Korban. Seperti yang diketahui umum, pada hari raya Korban ini, umat Islam selalunya akan berpusu-pusu untuk melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut oleh agama Islam. Di Malaysia sendiri, fenomena korban merupakan norma setiap kali tiba bulan Zulhijjah. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, pernahkan kita terfikir untuk melaksanakan korban atau akikah di luar negara?
PEKAJ YANG DITAWARKAN

1 EKOR KAMBING = 100 PENERIMA MANFAAT
Justeru, pihak MLLFS sangat mengalu-alukan penyertaan korban dan sumbangan dari rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan kempen #PenyembelihanAgung ini dan meraikan pelarian Syria yang serba kekurangan sempena Hari Raya Korban yang bakal tiba nanti.
“Demi Syria, Untuk Ummah”
Ainun Syafiqah Binti Abdul Latif
Aktivis Kemanusiaan Malaysian Life Line for Syria