“Hipotermia” pada musim sejuk mengakibatkan kematian

“Dalam tempoh dua bulan, sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak telah mati dalam kem pelarian atau ketika melarikan diri ke kem di Syria.” – Menurut satu laporan dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Kebanyakan kanak-kanak, termasuk bayi meninggal dunia akibat hipotermia (penyejukan suhu badan).

Pada musim sejuk, ramai pelarian berpindah-randah dan tiada tempat bergantung pelarian berisiko diserang hipotermia kerana tempat tinggal yang tidak sempurna dan terdedah dengan suhu yang terlampau sejuk mencecah negatif darjah celcius.

Bayangkan, bayi-bayi yang masih halus kulitnya di bawa berjalan kaki berhijrah ke kem hanya sehelai sepinggang.

 

Lebih sukar lagi bagi pelarian di kem dalam keadaan suhu musim sejuk ini, kebanyakan kem-kem pelarian tidak mempunyai haba, serta mempunyai limitasi dari segi jumlah keperluan khemah, tandas, dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sumber: www.globalcitizen.org

Ayuh, kongsi kehangatan bersama Syria!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 12)

Selama lebih kurang 3 minggu proses pemilihan dan pengasingan pakaian-pakaian musim sejuk dilakukan akhirnya segalanya telah berakhir dengan jayanya. Ketiga-tiga...

Ramadan di Syria: Kisah melalui lensa seorang juruvideo

By: Research Development and Advocacy   “Keadaan rumah tersebut sangat usang, kalau biasa di kem pelarian, kita tahu keadaannya, kita...

Tabung Tajaan Makanan Ditutup

Ribuan Terima Kasih Daripada Kami, Malaysia for Syria dan Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre Buat Rakyat Malaysia Untuk...