Reflect Series: Bulan Muharram, Hijrah serta Ibrah Muhajirin dan Ansar

Disampaikan oleh : Ustaz Farid Onn 18 Julai 2025 (Jumaat)

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam takwim Islam dan antara empat bulan haram. Walaupun hijrah Nabi SAW ke Madinah berlaku dalam bulan Safar, Saidina Umar al-Khattab menetapkan tahun hijrah baginda sebagai permulaan tahun Islam. Ini bermula daripada keperluan menyusun surat rasmi yang tidak mempunyai tahun yang jelas, lalu disepakati dalam syura untuk memilih hijrah sebagai permulaan kiraan tahun Islam yakni bukan kelahiran atau kerasulan Nabi. Selain itu, umat Islam di seluruh dunia menyambut Maal Hijrah dengan cara tersendiri, dari majlis zikir di Mesir, perarakan obor di Indonesia, hingga program MABIT di Aceh. Namun, sambutan yang keterlaluan, seperti menyakiti diri (amalan sesetengah Syiah), atau berpesta berlebihan, dilarang dalam Islam. Islam menekankan kesederhanaan dan penghayatan, bukan ritual kosong. Antara sunnah utama bulan ini ialah berpuasa, terutamanya pada 10 Muharram (Asyura) dan 9 Muharram (Tasua). Puasa Asyura menghapuskan dosa-dosa kecil setahun lalu (HR Muslim). Ia juga mencontohi Nabi Musa a.s. yang diselamatkan Allah pada hari tersebut.

 

Disamping itu, hijrah Nabi SAW ke Madinah bukan tindakan melarikan diri, tetapi langkah strategik membina negara Islam. Ia disusun dengan teliti, Saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi, Asma’ menghantar bekalan, dan Amir bin Fuhairah menyamarkan jejak mereka. Setibanya di Madinah, Nabi SAW membina Masjid Quba, mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj (mu’akhah) serta menetapkan hak asasi umat Islam yang mana darah, harta, maruah perlu dipelihara. Sehubungan dengan itu, terdapat seorang sahabat bangsawan yang bernama Mus‘ab bin Umair, yang memeluk agama Islam, kemudian diutus ke Madinah. Dakwahnya berjaya menarik tokoh seperti Sa‘ad bin Muaz membuktikan betapa pentingnya sasaran pemimpin dalam dakwah.

 

 

Dalam pada itu, Perjanjian Aqabah Pertama berlaku di Mekah melibatkan 12 orang manakala Perjanjian Aqabah Kedua memperlihatkan 70 penduduk Madinah bersumpah mempertahankan Rasulullah dan Islam, meskipun berisiko tinggi. Ini membuktikan kesetiaan dan pengorbanan yang menjadi asas negara Islam. Hijrah bukan sekadar sejarah, tetapi sebagai lambang perubahan secara keseluruhan. Mengubah keadaan yang lemah kepada keadaan yang kuat, dari perpecahan kepada perpaduan dan dari jahiliah kepada peradaban. Perpaduan Muhajirin dan Ansar menghapuskan semangat perkauman dan membuka jalan kepada masyarakat Islam yang adil dan sejahtera.

 

 

Kesimpulan

Intihanya, bulan Muharram dan peristiwa hijrah menuntut kita bukan hanya mengingati, tetapi menghayati dan meneladani perjuangan Rasulullah SAW. Kini, masa untuk kita pula berhijrah dari lalai kepada sedar, dari maksiat kepada taat, dari mementingkan diri kepada membina ummah.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Agihan Bantuan Untuk Syria Dibatalkan, 7 Maut

‘Azaz, Syria: 17 Januari 2021, tim Malaysia for Syria di Malaysia dikejutkan dengan berita dari Syria tentang kejadian letupan bom...

“Keadaan Masa Tu, Sangat Teruk & Sukar…” Aktivis Malaysia Dedah Realiti Menyayat Hati Bantu Mangsa Letupan Beirut Di Lubnan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Global Peace Mission dengan kebenaran dari sumber asal.   Tragedi letupan gudang di Beirut,...

Global Peace Mission Malaysia Participates Rally for Ceasefire in Gaza

By: GPM Humanitarian Affairs Department   In a resounding display of solidarity and advocacy for peace, Global Peace Mission (GPM)...