MALAYSIA GESA ICJ PERJELASKAN KEWAJIPAN ISRAEL DI WILAYAH PALESTIN YANG DIDUDUKI

Pada sesi pendengaran awam di ICJ yang berlangsung di The Hague dari 28 April sehingga 2 Mei, Malaysia sekali lagi mengambil bahagian dalam usaha mempertahankan undang-undang antarabangsa. Penyertaan ini merupakan penyertaan ketiga Malaysia dalam prosiding Pendapat Nasihat ICJ berkaitan isu Palestin, selepas penglibatan terdahulu pada tahun 2004 dan Februari 2024. Dalam konteks ini, kenyataan Malaysia disampaikan sebagai refleksi terhadap keadaan semasa dan situasi penderitaan rakyat Palestin yang semakin krtitikal.

 

  1. Hasrat untuk Mendapatkan Penjelasan Undang-Undang Antarabangsa

Malaysia menggesa ICJ untuk mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai kewajipan Israel dalam peranannya sebagai kuasa pendudukan serta sebagai negara anggota PBB.

 

  1. Penegasan Peranan Malaysia sebagai Suara Kemanusiaan

Datuk Seri Azalina Othman Said menekankan bahawa kehadiran Malaysia di ICJ bukan sekadar sebagai anggota PBB, tetapi juga sebagai suara yang menggemakan penderitaan sebuah bangsa. Beliau menyatakan keprihatinan mendalam terhadap hak, tempat tinggal, dan masa depan rakyat Palestin yang kini kian terancam akibat tindakan-tindakan Israel.

 

  1. Kerosakan Semasa di Wilayah Palestin yang Diduduki

Malaysia mengambil kira bahawa sejak penyertaan terakhir Malaysia di ICJ pada Februari 2024, keadaan di Palestin telah merosot dengan ketara. Israel didakwa terlibat secara terbuka dalam pemindahan dan pemusnahan penduduk Palestin serta mengeluarkan kenyataan yang menyatakan niat untuk menafikan hak rakyat Palestin. Hal ini dipetik dari kenyataan Menteri Pertahanan Israel dan Menteri Israel Katz yang mensasarkan penduduk awam serta ancaman kemusnahan sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan Israel tidak dipatuhi.

 

  1. Pelanggaran Kewajipan Undang-Undang oleh Israel

Walaupun ICJ telah mengeluarkan perintah langkah sementara dan mengeluarkan Pendapat Nasihat pada 19 Julai 2024, Malaysia menyatakan bahawa Israel masih enggan memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa. Tindakan Israel didakwa meliputi rampasan sumber-sumber di OPT, kemusnahan infrastruktur, serta usaha untuk menamatkan operasi Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA). Tindakan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa tetapi ia juga mengancam fungsi dan integriti organisasi PBB.

 

  1. Peranan dan Kepentingan UNRWA

Malaysia menghuraikan peranan penting UNRWA sebagai institusi yang menjalankan fungsi kuasa pelindung bagi penduduk Palestin yang menggantikan kegagalan pihak kuasa pendudukan untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, dan perubatan. Menurut kenyataan Malaysia, penamatan unilateral terhadap operasi UNRWA oleh Israel tidak berasaskan undang-undang antarabangsa dan akan memberi impak negatif kepada hak rakyat Palestin.

 

  1. Aspek Hak untuk Menentukan Nasib Sendiri

Malaysia juga menekankan bahawa tindakan Israel melanggar kempat-empat aspek penting dalam hak untuk menentukan nasib sendiri seperti Integriti Wilayah, Integriti Rakyat, Kedaulatan atas Sumber Asli dan Penentuan Hala Tuju Politik, Ekonomi, dan Pembangunan Budaya.

 

  1. Seruan Kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Malaysia menggesa ICJ untuk mengesahkan kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa berdasarkan prinsip-prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa. Harapan Malaysia adalah organisasi antarabangsa serta masyarakat global lebih tegas dalam menuntut kewajipan kemanusiaan terhadap Israel. Penegasan ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha untuk melindungi hak dan masa depan rakyat Palestin serta mengekalkan integriti sistem antarabangsa yang berdasarkan undang-undang.

 

Bacaan lanjut di:

(https://www.sinarharian.com.my/article/725793/berita/nasional/malaysia-desak-icj-jelaskan-kewajipan-israel-di-wilayah-palestin-yang-diduduki)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email

Latest News

Sports for Humanity

By: Nur Izzatul Sofika binti Mohd Yusof   It’s undoubtedly that sports have a positive influence on society. There is...

World Humanitarian Day 2021

By: Nor Zarifah binti Saleh   Kuala Lumpur, 19 August 21 – Every year on the 19th of August, we...

Across All Continents Kashmiri Diaspora Organizations Condemn Annexation of Kashmir

Washington, D.C. August 4, 2020. On August 5, 2019, the Government of India laid bare its naked ambition extant since...